Thursday, 26 March 2015

Cara Dan Step Untuk Buat Blog

Cara Dan Step Untuk Buat Blog Newbie

kelebihan Blogger Yang Ramai Tidak Tahu


Cara buat blog sendiri. Masih ramai yang kurang mahir dalam teknik cara-cara buat blog sendiri. Bukan semua orang tahu buat blog sendiri. Jadi, kesempatan yang ada, saya akan beritahu langkah demi langkah cara nak buat blog sendiri. Cara buat blog yang akan saya kongsikan ialah cara buat blog sendiri menerusi blogspot.com. Ia platform berblogging percuma, dan ia ada banyak kelebihan tersendiri, khusus untuk mereka yang baru nak menceburi dunia blog Malaysia.

Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, tetapi anda haruslah mempunyai akaun dengan Google. Ini adalah kerana blogspot atau blogger.com adalah sebahagian daripada Google. Cara terbaik untuk dapatkan akuan percuma blogspot (blogger.com) ialah dengan daftar percuma sebuah akaun Gmail (email). Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya, tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik akaun Google.

Langkah Demi Langkah Cara Buat Blog Sendiri



Jika anda belum ada akaun Gmail, sila daftar di pautan ini - Daftar Percuma Akaun Gmail

Ok. Apabila anda sudah ada akaun Gmail, mari teruskan dengan langkah seterusnya untuk anda buat blog sendiri menerusi platform blogspot.com.

  • Pertama sekali anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan berikut:

  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog anda. Tips - Buat tajuk blog yang mudah nak ingat, sama juga dengan URL blog. Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. Contoh nama blog dan URL blog yang baik adalah seperti ini - Dunia Jejaka Kacak (duniajejaka.blogspot.com) atau Sejuta Kisah Ekin (kisahekin.blogspot.com)


  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain. Lihat contoh di bawah ini.




  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.



  • Okay, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan di atas menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa blog anda, hanya klik View blog.
Okay itu sahaja, semoga anda amalkan apa yang anda baca dan semoga berjaya..

Friday, 20 March 2015

Teknik Follow Up Penting kepada usahawan Online

Teknik Follow Up Penting kepada usahawan Online

Kepentingan Follow Up dalam perniagaan online

Mesti pernah anda dengan perkataan "Follow Up" yang biasa diungkap oleh otai-otai online marketing, tetapi malang mungkin anda tidak tahu maksud tersiratnya yang perlu diamalkan dalam perniagaan online anda.
.
.
Follow up atau kata lainnya mengikuti pekembangan, dimana customer sudi menanti perkembangan terkini tentang apa yang anda buat, dan anda kena tawarkan kepada customer tersebut supaya mereka sudi untuk mengikuti perkembangan tentang perniagaan anda.
.
.

#KEY POINT

- Menawarkan diri anda untuk diikuti perkembangannya

- Customer sudi mengikuti perkembangan perniagaan anda

.
.
kedua-dua key point diatas adalah penting dalam aktiviti Follow Up, sekiranya Follow Up anda tiada key point yang pertama, maka tidak akan berlaku aktiviti Follow Up, dan nasib yang sama sekiranya anda tidak memiliki key point kedua.
.
.
kenapa key point ini penting dalam aktiviti Follow Up?
.
kalau kita lihat di key point pertama iaitu "menawarkan diri anda untuk diikuti perkembangannya", ini bermaksud anda meminta kepada customer untuk mengikuti perkembangan tentang perniagaan anda, sekiranya customer tersebut "sudi mengikuti perkembangan perniagaan anda" maka disitu akan berlaku aktiviti Follow Up
Faham ye??
.
.

#KEPENTINGAN FOLLOW UP

Kepentingan Follow Up ini banyak, antara yang paling tertumpu kepentingannya adalah ibarat "reminder", ini kerana kadang kala apabila kita cerita berkenaan perniagaan kita kepada prospect, mereka boleh jadi berminat dan terus beli dan sertai pernigaan tersebut dengan anda.
.
.
Tetapi, ada prospect yang memerlukan sedikit masa untuk berfikir dalam membuat keputusan sama anda nak beli atau sertai perniagaan bersama anda, didalam masa itulah kadang-kadang mereka terlupa atau ubah fikiran untuk tidak sertai perniagaan anda, waktu itu adalah sesuai anda gunakan the power of Follow Up untuk prospect terus berfikir dan membuat keputusan keatas perniagaan anda.
.
.
Nak Follow menggunakan apa?
.
Soalan ini mungkin terlitas didalam fikiran anda, sebenarnya aktiviti Follow Up boleh dilakukan pelbagai cara antaranya menggunakan Item-Item dibawah ini:


- Autoresponder
- Whatsapp 
- Wechat
- Facebook
.
.
dan banyak lagi apps sosial yang anda boleh gunakan dalam aktiviti Follow Up, jadi tiada alasan anda tidak melakukannya.
.
.
Aktiviti Follow Up adalah salah satu yang perlu ada bagi setiap usahawan Online

Thursday, 19 March 2015

Kekuatan Ilmu Mengubah Hidup Seseorang

Kekuatan Ilmu Mengubah Hidup Seseorang

Penerokan ilmu adalah satu kewajiban bagi mereka yang mengemarkan masa depan yang lebih baik.
.
.

ungkapan diatas adalah menitik beratkan nilai ilmu yang perlu ada dalam setiap individu yang mahukan perubahan dalam kehidupan mereka.
.
.
Contohnya sekarang anda adalah seorang yang menjalankan perniagaan online, sudah tentu anda mahukan perniagaan anda terus maju dan laris dimasa hadapan betul tidak?
.
.
"But what your action to archive that purpose?"
.
adakah anda hanya duduk diam, dan nantikan keajaiban?
.
atau
.
anda hanya memikirkan tanpa membuat sebarang tindakan?
.
.
sekiranya tidakan anda seperti diatas, maaf saya katakan masa depan anda adalah gelap dan tidak teratur.
.
.
saya juga seorang usahawan online, pada mulanya saya tidak mempunyai sebarang kemahiran berkenaan dengan online marketing, saya juga bukan orang senang sepeti yang anda fikirkan.
.
.
Saya tiada modal untuk belajar, tiada bimbingan dan tiada sebarang support yang boleh saya bergantung dalam online marketing.
.
.
Apa yang saya azamkan dalam online marketing adalah punca kekuatan pada diri saya untuk belajar sendiri.
.
Saya belajar ilmu-ilmu marketing daripada sumber percuma tanpa keluar sebarang modal, akhirnya saya mahir dalam online marketing walaupun tidak sehebat seperti online marketing yang sudah pun berjaya seperti Tuan Faisal Abdullah.
.
.
Kesimpulannya, sekiranya kita menantikan sesuatu itu datang dengan sendiri, maka kejayaan tidak akan berpihak kepada kita, jangan jadikan alasan tiada masa dan tiada modal, ilmu itu boleh diceduk dimana-mana sahaja.
.
.
Hanya diri kita yang menentukan hala tuju dan masa depan kita.
sekian.........